Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain dari Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan penyiaran video lucah dalam laman Blog miliknya iaitu PapaGomo, Dr. Novandri pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) juga telah disaman oleh Husam Musa kerana fitnah.
PapaGomo yang kini sedang sibuk dimahkamah kerana disaman Husam Musa sebanyak RM10Juta, baru-baru ini telah menyerlahkan kebodohannya dalam hendak mempertahankan Rosmah.. ( baca di SINI )
Menurut Zainulfaqar Yaacob dari Buletin Mutiara nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya itu akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.
Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.
"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.
![]() |
Zainulfaqar Yaacob |
Hmmm.. patutlah kebelakangan ni Blogger-blogger dari Unit Media Baru (UMB) di Pulau Pinang ni mampak macam tak ada haluan... Kepala depa sibuk rupanya...