
Apa yang cuba hendak ditegakkan oleh Jamil Khir dalam isu penyalahgunaan wang zakat ini, beliau menafikan akan penyelewengan wang zakat dan bertegas mengatakan bahawa ianya adalah tidak benar.
Secara tidak langsung beliau telah mendakwak bahawa jawapan dari Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato Seri Azmi Khalid dan juga Ketua Audit Negara adalah tidak benar.
Adakah beliau tidak tahu bahawa penyelewengan itu telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara sendiri? lihat dokumen di SINI.
Jamil Khir jelas dakwaan seleweng wang zakat
SEPANG 31 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.
Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit inilah,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
Sambil menyifatkan dakwaan dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata, berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan. - BERNAMA