Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Rayuan oleh Ahli PERKASA buat Rais Yatim.. sebab tak keluar TV..

$
0
0

Melihat pada rangkap pantun di bawah ini, terasa pengorbanan, perjuangan dan sokongan kepada kerajaan saperti tiada nilainya pada mereka.

Apa guna padi bukit,
Padi di bendang di tabur arang,
Apa guna hati sakit,
Jasa Di tabur di hina orang.

Yang dilihat adalah mereka yang berlatar belakang politik tanpa mengambil kira kekuataan suara NGO, jika sekecil kecil badan politik amat penting pada kerajaan, walaupun hanya memiliki keahlian tidak sampai seribu orang, sedangkan ada badan NGO yang memiliki keahlian mencecah ratusan ribu, tetapi tidak di indahkan kekuatan ahli mereka ini.

Ini lah yang berlaku, didalam NGO NGO ini bangkit untuk membantu Barisan Nasional ada pula sekatan dan halangan dari badan badan yang yang sepatutnya membuka ruang sokongan daripada NGO NGO ini.

Mungkin pada mereka ini, hanya parti politik sahaja yang perlu di beri sokongan termasuk wang ringgit serta hebahan dan populariti berbeza dengan layanan yang harus diberikan kepada badan badan NGO yang tidak penting pada mereka, Mungkin undi dari Ahli ahli NGO ini tidak boleh mengubah kerajaan selain undi parti politik.

Jika ini lah yang ada didalam pemikiran pemimpin pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari UMNO maka bersedialah lah mereka untuk mengosongkan kerusi mereka dan membersihkan pejabat mereka dari kesan tanda jari agar tidak meninggalkan bukti apa bila di ambil alih oleh orang lain nanti.

Atau adakah pihak ini memilih NGO mana yang perlu di beri sokongan dan NGO mana yang perlu di sekat pergerakan mereka dan mengangap NGO ini sama saperti parti pembangkang dan ektrim penentang kerajaan.

Jika dahulu, badan badan Pendiri Persilatan tidak pernah mendapat perhatian dari pihak kerajaan, malahan ada badan pendiri silat bergerak saperti bernafas dalam lumpur sahaja, hidup segan mati tak mahu.

Sahinggalah berlakunya tsunami politik 2008, maka badan pendiri seni bela diri terutamanya pertubuhan seni silat telah di iktiraf sebagai diantara salah satu tulang belakang kepada kekuatan kerajaan hari ini, sahingga di ujudkan satu jawatan kuasa khas untuk menjaga NGO yang terdiri dari badan badan pendiri silat, walaupun tidak menyeluruh sekurang kurangnya kesedaran itu ada.

Kemudiannya di ujudkan pula badan pemantau untuk penulis penulis maya ( Blogger, Facebook, twitter dan sebagainya) agar sokongan mereka tidak berbelah bagi dan sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri najib Tun Razak, walaupun ada diatara mereka ini tahu cerita di sebalik kelambu sesetengah pemimpin peringkat Menteri didalam Barisan Nasional.

Tetapi kini cerita lama kembali berulang, setelah di lihat kekuatan sokongan telah ujud, maka timbul pula rasa riak dan sombong segelintir pemimpin yang mula melihat NGO NGO yang berlatar belakangkan politik ini sebagai beban sahaja dan mula mengeluarkan arahan dan menghasut pembesar kiri kanan untuk tidak melihatkan sokongan kepada NGO NGO ini, walaupun kumpulan NGO ini memliki keahlian mencecah ratusan ribu.

Malahan ada yang melihat NGO NGO ini hanya saperti peminta sedekah di tepi jalan menandah mangkok membaca ayat suci Al Quran, bila di beri sekupang dua maka berhentilah mengaji, itu lah mungkin pandangan mereka.

Tanpa disedar mereka mereka ini sebenarnya adalah beban kepada YAB Perdana Menteri di dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan untuk meletakkan negara pada landasan lebih kukuh di dalam mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020, yang telah dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Terkini, setelah dua hari selesainya Perhimpunan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), tidak ada satu pun berita yang disiarkan oleh RTM mahupun pihak Media Prima didalam slot berita mereka, mungkin mendapat arahan agar tidak memberi liputan kepada Perkasa hanya kerana Ibrahim Ali terlalu lantang dan bekas AHli UMNO yang di pecat.

Sesuatu yang pelik, Perhimpunan Pribumi Perkasa yang telah mengumpulkan kehadiran hampir 12 ribu ahlinya tetapi tidak mendapat liputan dari siaran TV Melayu sendiri?, walaupun sesaat, tetapi jika ada aktiviti bermain badminton oleh isteri sesetengah pemimpin hampir setiap siaran di pancarkan dan mendapat liputan.

Adakah mereka ini mahu mengulangi kesilapan dahulu dan kesannya yang kita hadapi dan rasai sahingga hari ini?.

Lihat sahaja bilamana Tun Dr Mahathir di larang dari mendapat liputan ( atas arahan) untuk siaran TV malahan radio sekali pun, natijahnya BN tertonggeng dan hilang majoriti serta hilang 4 negeri dan satu Wilayah, nyaris tidak bertukar kepimpinan.

Kali ini riaknya semakin takbur bila akhbar juga di larang untuk menyiarkan berita Perhimpunan tersebut kecuali Utusan Malaysia yang berani menongkah arus, kerana Utusan tahu natijah yang bakal Kerajaan terima jika ini berterusan, Utusan belajar dari kesilapan tahun tahun sebelum 2008, Tahniah Utusan Malaysia.

Terdapat “kepala kepala” yang tidak mahu belajar, malahan bertindak sombong dengan melakukan kesilapan yang sama saperti tahun sebelum 2008 tersebut, tidak di ketahui nawaitunya sama ada mahu melihat kegagalan YAB Perdana Menteri Dato‘ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau orang ini masih lagi memiliki ikatan ‘silaturahim’ dengan kepala pembangkang, jika dahulu boleh membakar jembatan tidak mungkin tidak perkara yang sama boleh di ulangi lagi.

Ingatlah Perkasa bukan meminta minta tetapi bukalah sedikit mata.

Parang Lading pakaian Pahlawan,
Kuntau Jatuh kemas bersimpul,
Rakan ditanding bukannya lawan,
Tikam belakang tandanya bacul.

Baik-baik mengail tenggiri,
Takut terkena ikan parang;
Kami boleh merendah diri,
Tidak sekali menjadi hamba orang.

Ditulis oleh  Zanuddin @ Obey_one


Kesiannya kat depa... ish..ish..ish...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417