Untuk mengangkat atau mempromosikan seorang pemimpin UMNO, Lidah Rasmi UMNO atau Utusan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia terutamanya Melayu dari Saluran 1 yang membacanya..
Untuk itu, akhbar milik UMNO telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Azeez sebagai Duta Kehormat bagi Rakyat Palestin yang mengurus segala hal rakyat terutama kemanusiaan bagi negara itu.
Antara laporannya, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.
Hakikatnya sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.
19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.
Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.
"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi.
Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.
"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.
Sumber info : Harakahdaily
Untuk itu, akhbar milik UMNO telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Azeez sebagai Duta Kehormat bagi Rakyat Palestin yang mengurus segala hal rakyat terutama kemanusiaan bagi negara itu.
Antara laporannya, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.
![]() |
Utusan |