Semuanya gara-gara pilihanyara yang bakal menjelang tiba... Anak bangsawan terpaksa berpura-pura hidup sebagai rakyat biasa meskipun selama ini tak pernah dijejaknya tempat sebegini..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dilihat singgah di sebuah restoran daun pisang di Jalan Gasing, Petaling Jaya tengah hari semalam.
Kehadiran beliau yang memandu sendiri kenderaannya mengejutkan pengunjung yang makan di restoran tersebut.
Najib turut mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan mereka yang ada di situ.
Sebenarnya bukan Najib saja yang terpaksa berpura-pura begini.. ramai lagi pemimpin ataupun ahli politik yang mempamirkan sikap hipokrit mereka bila pilihanraya menjelang tiba baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Jika dulu selepas pilihanraya, setelah menang mahu berjumpa pun sangat susah kononnya mereka kini setelah bergelar Wakil Rakyat terlalu sibuk kehidupan mereka.
Sedangkan sebelum menang dulu, sanggup berjumpa rakyat dan bersama petugas parti sampai pukul dua atau tiga pagi..
Dulu.. setelah bergelar Waki Rakyat. pemimpin dari peringkat bawahan yang tidak sehaluan dengan mereka dianggap sebagai musuh mereka meskipun berada di bawah bendera yang sama.. pantang silap sikit, nak pecat saja yang sering keluar dari mulutnya..
Tapi sekarang kerana pilihanraya yang bakal tiba.. orang bawahan yang dianggap sebagai musuhpun sanggup dipeluknya seolah-olah dialah pemimpin yang sangat peka akan hal orang bawahannya..
Dulu setelah menang pilihanraya nak memenuhi jemputan kemajlis yang dianjurkan oleh ahli-ahli parti sendiri pun sangat susah..
Kalau hadirpun sekadar melepas batuk ditangga.. datang.. duduk lima minit keudian beri ucapan lepas tu bergegas meninggalkan majlis..
Tapi oleh kerana pilihanraya menjelang tiba.. dijemput pukul 8.30 malam.. pukul 8.00 malam dah tiba, boleh pula tunggu hingga majlis selesai lebih kurang pukul 11.30 baru meninggalkan majlis..
Yang dapat gelaran Datuk pula.. kalau dulu bersembang dengannya atau menyebut gelaran Datuk yang ada didepan namanya.. dia marah.. tapi plihanraya punya pasal.. sekarang ni tak sebut Datuk tapi sebut nama dia terrus pun dia tak kisah..
Sekarang baru pandai nak berjumpa semua orang untuk bersalam dengan semua orang yang ada dalam majlis.. dulu nak bersalam dengan semua orang?? Sorry lah.. aku ada title 'Datuk'.. korang ada apa? kalau korang nak bersalam dengan aku datang dekat aku..
Samalah dengan apa yang Najib lakukan ni...
Siapa yang aku maksudkan di atas tu.. Ahli-ahli PKR Pulau Pinang yang aktif tentu sedia maklum.. jangan buat-buat bodo pulak...