Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Bukti! Restoran MeatWorks di Singapura milik anak Shahrizat

$
0
0


Seperti biasa.. bila aku menyiarkan gambar-gambar Restoran milik keluarga Shahrizat di Singapura yang telah dirakam oleh aktivis Jingga 13 (lihat di SINI) iaitu MeatWorks ION Orchrad, ada komen yang menyokong dan ada komen yang menghentam..


Ada yang meninggalkan komen “Engkau orang ni semua syok sendiri jer laa...makan laa fitnah tu banyak-banyak.. tambahkan lagi dosa tu..”

Ada pula yang komen “macam mana kau tahu yg restoren sharizat ? buktikan la....tunjukkan nama pemilik dan pendaftarannya...sekadar bergambar depan restoran yg tahu asal usul buat apa ....aku pun boleh buat bergambar depan restoren pastu amik gambar pastu post kat blog.....cetek akal korang .... suka buat fitnah...nanti bila orang saman mengelabah pulak...mcm penyebaran gambar bekas ketua polis malaysia kahwin tu...fitnah no. 1...aku tanya korang betul ke Musa Hassan yg kahwin tu ? itu je aku nak tanya....”

Dalam blog Milo Suam juga terdapat komen yang meminta bukti..” bro Rejam bleh x ko letakkan BUKTI restoran ni milik kak jat punya......sbb aku tengok hanya gambar restoran masih xleh nak bukti pa yg ko ckp tu betol* laen la kalo kat restoran tu ada gambaq besaq kak jat ngan family dia laen la cita ............klu hanya letak gambar restoran tapi bukti2 dokumen xda pa yg boleh menyebabkan ko cakap restoran ni milik kak jat* xkan hanya letak gmbar kedai mewah ko bleh ckp ni kak jat punya restoran abistu restoran2 mewah kat msia ni belambak pown kak jat ngan family dia punya gak ka....gua bkn nak ckp ko fitnah* x sama sekali* aku hanya nak bukti yg lebih kukuh....... “

Orang kata.. untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sekarang, kita perlu belajar menerima kritikan biarpun ianya menyakitkan hati sebab tiada manusia yang sempurna…

Aku anggap komen yang meminta dibuktikan bahawa restoran itu milik keluarga Shahrizat sebagai satu cabaran..

Memandangkan aku agak sibuk dialam nyata kebelakangan ini .. aku minta salah seorang aktivis Jingga 13 yang turut serta dalam tinjauan ke Singapura itu menyediakan bukti..

Berikut ialah bukti yang telah disediakan oleh Milo Suam..

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Salah satu bukti adalah melalui laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois].



Jelas sekali penglibatan anak perempuan Shahrizat Jalil, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dalam laman web tersebut. Tambah menarik, email beliau menggunakan domain NFC (sebut National Family Corruption).

Selain itu, sebuah portal berita berpengaruh Singapura, Cyberita yang juga merupakan anak syarikat Asione pernah menyiarkan laporan ringkas tentang pemilik restoran MeatWorks di Ion Orchard tersebut.

Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].


Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.

Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.



Dengar cerita di Australia pun ada kondo milik keluarga Shahrizat.. kalau ada sponser Insyaallah kita akan melihatnya..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417