Akibat terpedaya dengan fitnah Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan terhadap TG Nik Aziz yang melaporkan TG Nik Aziz mendakwa UMNO adalah sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu, seorang artis yang juga ahli UMNO telah membuat lawak bodoh.
Artis tersebut Azhar Sulaiman telah mengaku murtad dalam laman FB miliknya dengan menulis..
"Assalamualaikum Ustaz.. Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional.. jadi macam mana untuk saya pulang semula kepangkuan Islam.. Harap bantu.. Tq..".
Pengakuan tersebut dilihat untuk menyindir Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad.
Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau - sila baca di ( SINI )