Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

UMNO menyamar PAS untuk kutuk Nurul Izzah..


Sehelai kain rentang berbau provokasi terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digantung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di saat Muktamar Tahunan PAS ke-58 sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Kain rentang yang digantung di sebuah gelanggang tenis berbunyi "Nurul Izzah Apa Maksud Kamu? Kebebasan Beragama Sepatutnya Dipakai Samarata - Dari Dewan Pemuda PAS Kelantan" itu dipercayai telah berada sejak awal pagi tadi.

Gelanggang tenis tersebut terletak berhampiran sebuah restoran makanan segera kira-kira 300 meter dari Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, tempat berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadulkan malam esok.


Ketua pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam komennya berkata, kain rentang tersebut dilakukan oleh tangan-tangan syaitan yang dikenali - merujuk kepada komen bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang mengatakan lebih baik menyokong syaitan yang dikenali (Umno dan Barisan Nasional - BN) daripada malaikat yang tidak dikenali (Pakatan Rakyat).

Beberapa orang yang lalu lalang di hadapan restoran makanan segera tersebut meminta pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya menurunkannya segera kerana ia jelas satu serangan provokasi yang dimainkan Umno bagi memecah belahkan perpaduan antara PAS dan KEADILAN.

Sambil menggesa laporan polis dibuat bagi menyiasat siapa dalang yang bertanggungjawab, pihak MPKB-BRI juga diminta supaya lebih peka terhadap sebarang sepanduk, kain rentang atau papan iklan yang bersifat provokasi dari disalahguna pihak yang tidak bertanggungjawab ~Jalan Pulang


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417