Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Zahid Hamidi! Tanah TUDM ni hang sewakan kepada siapa?

$
0
0

Tanah seluas 3.3 hektar di di Bertam, Kepala Batas ini diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.00 dengan tujuan untuk membina rumah Kelamin Anggota TUDM.

Geran tanah telah pun dipindah milik kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

Tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewakan dengan harga RM7,000 sebulan.

 RM7,000 sebulan untuk 3.3 hektar tanah memang satu kadar yang agak murah..

Persoalannya disini kenapakah pihak TUDM menyewakan tanah yang sepatutnya dibina rumah untuk anggotanya dengan kadar yang begitu rendah, sedangkan dalam masa yang sama anggota-anggotanya terbeban dengan kadar sewaan rumah yang tinggi di kawasan itu?

Pihak manakah yang begitu istimewa mendapat kadar sewa tanah yang begitu murah??

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung tanah seluas 3.3 hektar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bertam, Kepala Batas dekat sini, disewakan kepada sebuah syarikat pada kadar hanya RM7,000 sebulan.

Menurut beliau, tanah itu sepatutnya dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984. Beliau difahamkan tanah itu diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.

“Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telah pun dipindah milik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

“Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewa dengan harga RM7,000 sebulan. Tempoh sewaan adalah tiga tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013,” katanya dalam kenyataan media.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mempersoalkan faedah yang diterima angkatan tentera dan negara kalau tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin, sebaliknya disewa dengan kadar yang agak murah.

“Apakah keistimewaan syarikat yang dapat sewa dengan harga yang begitu murah ini dan apakah sumbangannya kepada rakyat?

 “Saya harap Zahid bolehlah memastikan kepentingan angkatan tentera, rakyat dan negara kita dipelihara serta dibela dengan membina rumah kelamin seperti yang dijanjikan 28 tahun dahulu,” katanya. ~ Sinar Harian

Apa pula rungutan anggota TUDM?

Ianya membebankan warga TUDM yang terpaksa membayar kadar sewaan yang teramat tinggi di kawasan Butterworth kerana ketiadaan kuarters.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal berkenaan namun yang paling penting adalah kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh warga TUDM sendiri.

Desakan kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah bebanan asas perumahan yang terpaksa ditanggung menjadikan warga TUDM semakin terdesak dalam pengurusan kewangan masing-masing.

Bayangkanlah, duit gaji yang diperolehi sepatutnya disalurkan demi kebahagian keluarga terpaksa dikorbankan demi mendapatkan tempat berteduh yang selesa.

Kebajikan warga TUDM perlu dibela mengatasi kepentingan individu yang mementingkan kekayaan diri sendiri sehingga sanggup menghisap darah golongan bawahan. Sungguh busuk dan jijik perilaku berkenaan ~ Gema Bersuara

Inilah antara apa yang dikatakan 'Janji ditepati' oleh DS Najib Tun Razak..

Mungkin kerana UMNO/BN tahu walau apapun yang dilakukan oleh mereka terhadap Anggota Tentera hatta meletakkan tempat tinggal keluarga mereka walau di dalam kontena sekalipun undi pos dari Anggota Tentera tetap kepada UMNO/BN.

Jadi kebajikan mereka tak perlu dijaga.. bak kata orang utara "Mampuih pi kat hang!!"..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417