Dari jadual program Ketua Pembangkang yang diterima dari Pejabat Anwar Ibrahim tiga minggu yang lalu ini (24 Sept.), Ketua Pembangkang dijadualkan akan berada sekali lagi di Sabah bagi meneruskan siri Program Jelajah Demi Rakyat pada 12 dan 13 Oktober iaitu hari Jumaat dan Sabtu ini.
Dalam siri Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah, Anwar dijadualkan akan melawat beberapa kawasan Parlimen yang antaranya ialah Persiangan, Keningau, Tenom dan Sipitang pada 12 Oktober.
Manakala lawatan akan diteruskan pada 13 Oktober di kawasan Parlimen Silam , Tawau dan berakhir di Tawau..
Lihat jadual di bawah..
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah
DEMI RAKYAT
12 &13 Oktober 2012 (Jumaat & Sabtu)
12 Oktober 2012 (Jumaat)
1) 12.30 – 3.00 ptg – Kampong Sarikan, Nabawan – (P-Persiangan)
2) 2.00 – 4.00 ptg – Restoran Pelancongan Pendalaman, Batu 2, Keningau (P- Keningau)
3) 4.00 – 6.00 ptg – Kampong Kalibatang Lama, Tenom (P – Tenom).
4) 5.30 – 7.30 mlm – Pekan Tenom (P-Tenom)
5) 7.00 – 9.00 mlm – Kampong Gadon, Lumada, Sipitang (P – Sipitang)
13 Oktober 2012 (Sabtu)
1) 9.30 – 11.30 pagi – Lot Persendirian MK, Jalan Assam, Lahad Datu (P- Silam)
2) 1.00 – 3.00 ptg – Jalan Apas, Tawau (P- Tawau)
3) 7.30 – 10.00 mlm – Borneo Paradise Beach Resort, Papar (P – Papar)
Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Dato’ Seri Panglima Wilfred Bumburing
iv. YBhg Tamrin Jaini
v. YB Senator Maijol Mahap
vi. YBhg Datuk Yahya Lampong
vii. YBhg Datuk Dr Richard Gunting
Manakala dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan 7 Oktober Ahad lalu, Najib dijadualkan akan melawat Sabah selama dua hari dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober.
Dia akan disambut Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok.
Sebaik tiba, Najib Altantuya dijangka terus melawat ke Kampung Inobong di Penampang untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri dan merasmikan pembukaan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Sungai Moyog.
Beliau kemudian akan menuju ke Kundasang untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Taman Kinabalu Kundasang di mana Kinabalu International Climbathon kali ke-26 akan diadakan pada hujung minggu dan akan melepaskan seramai 658 peserta dari 28 buah negara jam 7 pagi pada 14 Oktober.
Perdana Menteri kemudian akan terbang ke Kudat menggunakan helikopter dan melakukan sesi 'walkabout' di Kampung Ayer dan hanya akan tertumpu di sekitar bandar tersebut tanpa memasuki kawasan yang lebih terpencil.
Jadual akhir, Najib kemudiannya akan membuat lawatan ke Tuaran, parlimen yang menyaksikan bekas Timbalan Presiden UPKO, Wlifred Bumburing keluar dari BN awal Julai lalu untuk acara bertemu rakyat sebelum kembali ke Kuala Lumpur jam 5 petang pada hari yang sama.
Nampak sangat Najib sudah gelabah.. Anwar ke Sabah diapun turut terbang ke Sabah.. rilek la Najib.. kalau kalah dalam PRU13 ni.. bukannya nak kena penjara pun.. kalau tak buat salahlah...