Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengetuai lebih dari 5,000 orang peserta 'Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW' telah berarak ke kedutaan AS yang berada berhampiran dengan Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak.
Peserta berarak ke kedutaan Amerika Syarikat dengan melaungkan "Hidup Islam", "Hancur Israel", dan "Hancur Amerika", bertakbir dan berselawat berulang-ulang kali.
Dalam ucapannya, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mendesak Presiden AS Barrack Obama bertanggungjawab atas penerbitan dan penyiaran filem itu dan mendesaknya memohon maaf.
Amat berbeza dengan perhimpunan anjuran Pemuda UMNO yang disertai kurang dari 3,000 orang malah bolehlah dikatakan sebagai 'ciput' sahaja UMNO mendakwa jumlah ahlinya ialah 3.2Juta..
Selain dari tidak bergerak dari kawasan berhampiran Masjid Kampung Baru, Ketuanya Khairy Jamaluddin kelihatan takut untuk mengutuk Amerika Syarikat..
Malah Khairy lebih banyak mengutuk pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam dalam isu itu.
Apalagi yang parti PAS hendak tunggu dalam Pakatan Pembangkang sekiranya perkara asas seperti penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW tidak mendapat sokongan dari parti yang dikatakan 'rakan seperjuangan'.
“Itu adalah isyarat yang jelas, apa yang hendak ditunggu, kalau kita satu hati dalam isu ini sebagai contohnya kita ajak bersama mereka yang beragama Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain, MCA, MIC serta PPP bersama... kita tunjukkan bahawa ini adalah masalah sejagat,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Khairy membuat gesaan itu setelah melihat perkembangan dalaman parti-parti dalam Pakatan Pembangkang terutama DAP yang tidak turut serta membuat bantahan dalam isu tersebut malah seorang pemimpin DAP bersikap biadap terhadap usaha umat Islam mengadakan demontrasi aman.
Beliau seterusnya mahu PAS membuka mata terhadap sikap DAP yang langsung tidak menghormati perkara asas iaitu penghinaan terhadap agama.
"Saya amat amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (PAS) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.
"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (PAS) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengetuai perhimpunan aman yang mengecam filem dan karikatur yang menghina Islam di Kampung Baru, petang ini ~ Agendadaily
Bodoh macam pencacai UMNO rupanya si Khairy ni..
Dia mempertikaikan kononnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak turut serta membuat bantahan dalam isu.. tapi dalam masa yang sama ada ke wakil dari MCA dan MIC bersama dia?
Kononnya dia amat kesal Nabi Muhammad dihina tapi bila Mahathir menghina Rasulullah S.A.W di mana dia?
Walaupun tiada wakil dari DAP, tetapi masih ada juga wakil Rakyat yang bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang turut serta dalam demonstrasi itu.. tengok video di bawah ni..