Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Ibrahim Ali kata Pakatan Rakyat angan-angan Mat Jenin


Itu  kata Ibrahim Ali yang mula rungsing memikirkan hala tuju dirinya selepas PRU13 ini.. tapi kalau kita baca apa kata pencacai tegar UMNO dari Utusan nampak jelas pencacai itu sudah mula tidak yakin UMNO/BN akan kekal berkuasa selepas PRU 13 nanti..

Kalau pencacai tegar tu yakin mana mungkin dia menulis begini.. "Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini." - Utusan

**************************************

Ibrahim Ali: Pakatan 'angan-angan Mat Jenin'

SHAH ALAM - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub semalam bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menguasai tiga negeri baru - Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi Parlimen ketiga-tiga negeri itu satu kenyataan perang saraf politik yang melucukan.

Katanya, kenyataan itu sama dengan cerita "dogeng angan-angan Mat Jenin."

"Ia kenyataan sekadar nak memberi harapan pada ahli-ahli Pas yang dalam kegelisahan dan panas punggung ekoran Pas jadi kuda tungangan DAP atau lebih sedap di sebut, menjadi barua DAP," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.

Ibrahim berkata, mengikut analisis laporan kajian yang dibuat oleh beliau sendiri, memang pengundi Cina ada masalah dengan Barisan Nasional (BN), tetapi sejak akhir-akhir ini ada perubahan di mana masyarakat dagang Cina mula kembali semula menyokong perikatan tersebut.

"Masyarakat Cina mahu kestabilan dan keamanan untuk kelangsungan dunia perniagaan mereka.
"Kaum Cina di Selangor sudah mula jemu dengan berbagai karenah di Selangor kecuali yang mendapat sesuatu keistimewaan atas kepentingan majoriti rakyat," kata beliau.

Ibrahim yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas berkata, memang di Sarawak, khususnya ada tiga atau empat kerusi yang ramai pengundi kaum Cina dan dua kawasan di Sabah dan satu tempat milik Datuk Seri Lajim Okin.

"Ini pun BN tidak semestinya kalah dengan banyak perubahan berlaku. Di Semenanjung, pengundi Melayu (termasuk orang Umno) yang mengundi pembangkang pada PRU12, telah kembali menyokong Umno.

"Ini kerana kesan PRU12, Islam, Melayu, Raja dihina, digugat dan dicabar akibat Melayu dan Bumiputera berpecah, maka keinsafan akan membawa kepada majoriti umat Melayu Islam atau Bumiputera akan kembali menyokong BN demi kepentingan Nasional iaitu keamanan serta kelangsungan menuju negara maju 2020," katanya lagi.

Ibrahim berkata, dalam PR, perbedaan antara DAP dan Pas, terutama penolakan Negara Islam dan hudud yang jelas mengguris hati umat Islam memyebabkan Pas akan dihukum oleh umat Melayu Islam atas sebab politik retorik sepanjang zaman dan gagal membela Islam dari terus dipijak dan dihina.

"Maka Pas bakal kalah teruk dari 22 kerusi, paling kuat tinggal lapan hingga 10 kerusi seperti sebelum PRU12.

"Begitu juga PKR kerana politik (Datuk Seri) Anwar Ibrhaim sudah benar-benar membosankan rakyat," kata beliau.

Beliau yakin bahawa dengan izin ALLAH dan kesedaran rakyat BN akan kembali mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat dan negeri pembangkang akan tumbang kepada BN.


~ Sinar Harian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417