Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa.
Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu.
Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).
Jika kenyataan Reezal Merican dianggap berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik begitulah juga apa yang telah dilakukan oleh lidah Rasmi UMNO.
Lihat caption pada gambar, apa yang ditulis ialah “Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang didakwa memijak bendera Perdana Menteri di PWTC” sedangkan apa yang berlaku ialah Mahasiswa tersebut telah menurunkan bendera Najib selama lima minit, kemudiannya menaikkannya kembali.

Ulasan lebih panjang lebar sila baca di AmenoWorld