Perkhidmatan bas percuma yang dikendalikan oleh Go-KL City Bus itu merupakan langkah terbaharu kerajaan bagi mempromosi pengangkutan awam dalam kalangan orang ramai selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di ibu negara kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Alba.
Tak perlu kita pertikaikan bahawa ini merupakan satu langkah yang membawa kebaikkan kepada rakyat selain dari mampu mengurangkan kesesakan dijalanraya.
Tetapi dalam masa yang sama ianya menunjukkan bahawa Najib dalam mentadbir negara hanya tahu meniru apa saja agenda yang akan dan telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk kebaikkan rakyat.
Kemudahan Bas Percuma bukanlah suatu perkara yang baru bagi rakyat Pulau Pinang, kerana ianya telah dilancar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 1 Mac 2011.
Bagaimanapun setelah perkhidmatan bas yang dikenali sebagai "CENTRAL AREA TRANSIT" (CAT) ataupun 'CAT Free Shuttle' ianya cuba disabotaj oleh kroni UMNO yang menguasai konsesi Jambatan Pulau Pinang.
Dimana Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) telah memansuhkan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus kepada semua jenis bas - sila baca di ( SINI )
Dengan pemansuhan diskaun itu pasti subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akan meningkat.
Selain itu tindakan Guan Eng yang menyediakan perkhidmatan yang memberikan kebaikkan untuk rakyat ini juga telah ditentang oleh sekumpulan manusia yang jelas bangangnya.
Mereka telah melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif ini di George Town.
Menurut Naib Ketua Wira Perkasa, Mohd Rizuad Mohd. Azudin, langkah menyediakan perkhidmatan bas percuma dari Weld Quay (jeti) ke Komtar itu menindas rezeki kaum penarik beca - gambar-gambar demo mereka sila lihat di ( SINI )
Menindas itu kata mereka, hakikatnya Penarik-penarik beca telah diberikan bantuan kewangan setiap bulan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan syarat mereka menyediakan perkhidmatan di kawasan 'Bebas Kereta' pada setiap hari Ahad.
Brbalik kepada perkara Najib meniru agenda Pakatan Rakyat lagi di atas.. ini bukanlah perkara pertama yang ditiru olehnya.
Kebanyakkan yang ditiru olehnya terkandung dalam 'Buku Jingga' yang pernah dibakul sampahkan oleh Ahmad Maslan yang bodoh suatu masa lalu.
Bagaimanapun ada pencacai UMNO mendakwa agenda mengambil alih Lebuh raya dan juga menurunkan harga kereta adalah maklumat dari JPM yang telah bocor ke tangan Rafizi - sila baca di ( SINI )
Bodoh betul mamat itu...
Persoalannya disini ialah apakah dalam pentadbiran Najib itu hanya dipenuhi oleh manusia-manusia yang hanya bijak membodek dan bijak dalam agenda menipu rakyat sahaja.. hinggakan tidak tahu memikirkan apa yang boleh dilaksanakan untuk kebaikkan rakyat?
Jadi.. jika begini adalah lebih baik pentadbiran negara ini diserahkan kepada Pakatan Rakyat dari pada dikekalkan kepada Barisan Nasional yang hanya tahu meniru...