Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Anwar akan pertahan Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan akan ditentang oleh..

$
0
0

Sebelum itu... antara individu yang telah dinamakan sebagai calon UMNO/BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah ADUN Seberang Jaya iaitu Arif Shah Omar Shah.

Sumber dari UMNO Permatang Pauh mengatakan perkara ini masih menjadi pertikaian dalam UMNO.

Menurutnya Ariff Shah akan dicalonkan bagi membolehkan karrier politiknya dikuburkan kerana mereka yakin Ariff Shah yang pernah bertanding menentang Anwar sebelum ini tidak mampu menandingi pengaruh Anwar di Permatang Pauh.

Kekalahan Ariff Shah kali ini akan menyebabkan karrier politiknya berkubur kerana semasa menentang DS Anwar Ibrahim dulu beliau merupakan ADUN Seberang Jaya..

Jadi kalahpun bukan satu isu besar buat beliau pada masa itu kerana masih merupakan seorang ADUN 

Tetapi kali ini namanya telah digugurkan dari dicalonkan sebagai ADUN Seberang Jaya, Kerusi ADUN Seberang Jaya bakal ditandingi oleh Shamsut Tabrej yang juga seorang Pesuruhjaya Sumpah yang berpejabat di Seberang Jaya.

Selain Ariff Shah, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Jalil juga turut disenaraikan sebagai calon..

Bagaimanapun Datuk Jalil juga yakin kalah..

Tetapi kalah atau menang itu bukan persoalan kerana yang penting bagi mereka ialah wang saku berjumlah RM3 Juta yang akan disalurkan kepada sesiapa yang menjadi calon Ahli Parlimen.

Menurut sumber itu juga.. boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin-pemimpin UMNO di Pulau Pinang lebih berbahagia jika mereka kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang kerana peruntukkan dari UMNO Pusat melimpah ruah..

BUTTERWORTH, 20 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.

“Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU ke-13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. — Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417