Sebelum itu.. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca Blog Anak Sungai Derhaka yang tidak seberapanya ini...
Jika ada terkasar bahasa ampun dan maaf dipinta.. buat pencacai UMNO yang terasa pedih tu.. nasib koranglah!!
Seminggu yang lalu Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang kenyataannya disiarkan Utusan Malaysia haram menyokong DAP.
Ini kerana menurutnya "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud." - sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Kelmarin... 18 Ogos 012..
MCA Selangor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor.
Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.
Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud - Malaysiakini
Mana Pengasas pondok Geting tu? tak mahu keluarkan fatwa haram sokong MCA pula ke?
MCA dah secara terang-terangan berkata "tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam".. atau dia tak faham apa uyang Donald Duck tu kata..