Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Gambar Ali Rustam belajar demo tersebar..

$
0
0

Ingat tak lagi apa kata Mahathir bila mengulas tentang demonstrasi oleh penyokong Pakatan Rakyat ketika upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh Najib?

Kata Mahathir "Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.

"Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama,"

Kini semakin jelas kata-kata Mahathir itu tidak dipedulikan oleh baik pencacai mahupun pemimpin UMNO.. da tak ada nilai kata orang..

Gambar-gambar nih di ambil oleh sahabat ketika selesai solat Jumaat di Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh, Melaka pada 10 Ogos. Cuba perhatikan betul-betul muka yang menyertai demo nih.. antaranya ialah Ali Rustam, Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu.


Tujuan demo nih dikatakan membantah seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika pada tahun lepas.

Namun selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.



Bagus tujuan demo yang diadakan ini sebenarnya... tapi bukankah Demonstrasi Bukan Budaya Kita?

Itulah sikap sebenar pemimpin dan juga pencacai UMNO.. apa saja yang menguntungkan mereka tidak menjadi kesalahan jika ianya dilakukan..

Sumber gambar : Addin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417