Semuanya bermula apabila sebuah Blog Pro UMNO yang menumpang populariti PKR menyiarkan gambar di atas alam blog nya bertanya adakah Zahrul Majid ini staff Dato Raof yang bekerja di pejabat perhubungan UMNO di PWTC ?
Zahrul Majid lelaki yang memegang bayi dalam gambar di atas dikatakan pernah pernah bertanding Exco Pemuda UMNO Pusat.
Admin Blog tersebut bertanya kerana kononnya ada perkara yang tidak kena sedang berlaku kerana Zahrul membawa anaknya untuk dicukur jambul oleh TG Nik Aziz.
Hasilnya beliau dilaporkan telah dipecat dari jawatannya setelah bertahun-tahun berkhidmat..
Berikut adalah laporan dari MSO
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya.Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini. Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas.Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu.Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim.Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul.Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkok - MSO
Hmm.. nak kata apa lagi.. berkawan dengan Komunis, dinasihati pulak oleh Zionist.. jadi macam tu lah perangainya...
Lebih zalim dari Zionist sedniri..