Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Rafizi ditahan.. Laman web NFC digodam (Hacked)..

$
0
0

Selepas sahur tadi ketika melayari internet yang panas dengan berbagai laporan tentang penahanan Rafizi di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan akaun NFC.. teringat pulak aku akan laman web NFC..

Nak tahu jugak apa perkembangan terbaru NFC.. dah ada berapa puluh ribu ekor Lembu agaknya sekarang ini? atau masih kekal ditakuk lama..

Malangnya apa bila aku acess website NFC.. iaitu http://www.nfc.com.my yang keluar cuma paparan di atas.. dan juga di bawah..

Laman Web milik National Feedlot Corporation (NFC) syarikat yang dikuasai oleh suami Sharizat dan juga anak-anaknya disedari  telah digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai SGP Cyber Army.

NFC dari National Feedlot Coorporation telah menjadi Nation For Cow..


Dari apa yang terpapar di laman web tersebut dengan meletakkan Rafizi sebagai hero, pihak yang menggelarkan dirinya sebagai SGP Cyber Army menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana individu yang sepatutnya ditahan ialah Sharizat dan suaminya.

Oleh itu SGP Cyber Army memberikan amaran supaya pihak berkuasa jangan memandang rendah keupayaan rakyat Malaysia.


Selain itu SGP Cyber Army juga mempertikaikan akan kewajaran Rafizi digari ketika berada di dalam Mahkamah kerana Inspektor Polis yang menghadapi enam tuduhan jenayah di Negeri Sembilan yang dibawa ke mahkamah tidak digari.

Kes Inspektor Polis itu telah disiasat mengikut  Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Inspektor Azuan Yasin yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil  mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan menyebabkan kecedaraan kepada dua kakitangan dan mengugut dan membuat kerosakan di sebuah hotel pada 17 Julai. 

Penggodam juga mendakwa UMNO/BN bagaikan cacing kepanasan bilamana Rafizi yang mendedahkan Scandal NFC ditahan di bawah Akta BAFIA.


Dan SGP Cyber Army  juga menggesa pihak NFC meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memulangkan semula semua wang milik rakyat Malaysia..


SGP Cyber Army juga mengingatkan pihak yang berkenaan bahawa tidak akan menghalalkan walau satu sen pun dari dari wang rakyat itu buat puak-puak 'Haram Jadah'.

Hmmm... tapi kan.. kalaulah puak-puak yang didakwa sebagai 'Haram Jadah' oleh SGP Cyber Armyitu tahu apa itu halal dan apa pula haram... aku yakin perkara menyalahgunakan wang rakyat tidak akan berlaku..

Tapi apakan daya.. bagi mereka kedudukan sebagai Pemimpin UMNO meletakkan mereka di atas hukum dunia dan juga hukum Allah..

Atau dalam lain ayat... mereka menganggap diri mereka 'Above The Law'.. mungkin kerana mereka memiliki kad keahlian UMNO kot???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417