Malang buat samseng upahan UMNO Langkawi yang mengaku menerima upah RM50 untuk menganggu ceramah Anwar ini bila beliau tertangkap.
Beliau berjaya di tangkap oleh orang-ramai yang hadir mendengar ceramah Anwar di tapak pasar ramadan Pekan Kuah, Langkawi pada 13 Julai yang lalu.
Samseng upahan Umno-BN ini berjaya ditangkap setelah beliau gagal untuk meloloskan diri setelah berjaya melaksanakan tugasnya menimbulkan huru-hara dengan bunyi bising dan bingit deruman motor berhadapan dengan Hotel Baron.
Pemuda dalam usia 20an tersebut pada awalnya bersama 30 penunggang motosikal lain dengan membawa bendera Umno-BN telah membuat bising dengan menjerit dan menguatkan bunyi hon motosikal.
Sekaligus ia menimbulkan suasana kurang senang dikalangan hampir 7 ribu orang yang hadir.
Pemuda yang ditangkap itu juga membuat pengakuan dibayar RM50 untuk membuat bising pada majlis ceramah Anwar. Pemuda tempatan yang berasal dari Kuah itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Pada sebelah petang sebelum kejadian tersebut kumpulan pemuda Umno-BN juga mengganggu konvoi AMK Langkawi yang mengiringi Anwar ke Masjid Al Hana, Pekan Kuah, apabila mereka telah mencabar konvoi untuk berlumba dan membuat bising sehingga ke perkarangan masjid.
Dilaporkan sebanyak 30 buah kereta yang diletakkan sepanjang Hotel Baron bertentangan dengan tempat ceramah dicalarkan oleh pemuda upahan tersebut.
RM50 untuk melakukan kerja-kerja tak bertamaddun? Alahai.. murah upah..tapi cukuplah untuk beli ubat..