Satu demonstrasi membantah tindakan menurunkan bendera Najib dari PWTC Sabtu lalu oleh seorang Mahasiswa dari Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli yang dianggap biadap dan tak beradab oleh pencacai UMNO telah diadakan di hadapan pintu pagar utama UPSI pagi tadi.
Demonstrasi yang dihadiri oleh puluhan ribu ahli Perkasa, GPMS, UMNO, Majlis Belia dan tidak ketinggalan MIC yang mahu menumpang glamour.
Aku tak tahu bagaimana yang dimaksudkan tak beradap oleh pencacai UMNO itu, sedangkan selama ini kita melihat lebih banyak perkara yang lebih teruk dan kurang ajar dilakukan oleh pencacai UMNO seperti yang terbaru ialah insiden ‘Makan Tahi oleh Gani’ di Komtar Pulau Pinang.
Dan Aziz Bari juga berkata, “kalau nak kata beradap tidak beradap, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradap, tidak sopan sebelum ini.” laporan penuh sila baca di SINI
Saksikan puluhan ribu?? berhimpun di hadapan USPI membantah bendera Najib diturunkan.. kalau bantah Chua Soi Lek hina Islam macam ni kan bagus….