Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Skandal seks Guan Eng dengan Staff?.. ada ke?.. ini jawapannya (Video Inside)

$
0
0

Akibat terlalu lama bersekongkol dengan UMNO dalam memerintah Negara ini MCA juga jelas telah terpengaruh dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO dan pencacainya..

Sebelum ini kita sering melihat pemimpin UMNO dan pencacainya menyebar fitnah yang berupa salah laku seks terhadap pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat tak kira samada pemimpin itu dari PAS, PKR ataupun DAP..

Nampaknya kini tugas menyebarkan fitnah itu disambung oleh pemimpin MCA pula..

Fitnah yang dibawa mereka juga melibatkan isu salah laku seks.. tanpa mereka sedari Presiden mereka sendiri pernah mengaku bahawa beliau adalah lelaki yang terpapar sedang melakukan hubungan seks dalam sebuah video yang telah tersebar suatu ketika dulu..

Adun Duyong, Gan Tian Loo dari MCA Melaka telah menuduh Guan Eng terlibat dengan hubungan sulit bersama bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Hubungan sulit itu kononnya juga telah menyebabkan Betty Chew iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN di Melaka) menyerang dan mencederakan bekas staf Guan Eng itu..

Tuduhan yang berupa fitnah itu telah dilontarkan oleh ADUN Duyong didalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka..

Benarkah tuduhan itu?? Jika benar mengapa tuduhan dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.. buatlah tuduhan di luar dewan..

Berikut adalah video jawapan Guan Eng..


"Saya tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya juga tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," kata Guan Eng bagi menafikan dakwaan kononya dirinya terlibat dengan hubungan sulit bersama bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh MCA itu sebagai usaha untuk membunuh karier politiknya selain cuba mengaitkan isterinya dalam kancah politik kotor Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, setelah BN gagal untuk menghancurkan hidup anaknya dan gagal menjejaskan reputasinya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji iaitu melalui perbuatan memburukkan isterinya didalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.

Guan Eng menyifatkan tindakan Adun Duyong, Gan Tian Loo yang membangkitkan isu berkenaan didalam Dun itu telah menyalahgunakan imunitinya dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadapnya dan isteri di dalam dewan berkenaan.

Guan Eng turut mengulangi desakan isterinya yang menyuruh Tian Loo mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

"Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu.

"Biar saya dan isteri saya membuktikan di mahkamah bahawa MCA tipu. Lim Guan Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," katanya pada sidang media di sini semalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417