Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Surat ini bukan kerja PERKASA kata Setiausaha Agung Perkasa

$
0
0

Semalam satu pekeliling yang menggunakan kepala surat PERKASA Johor yang memberi amaran kepada kaum Cina telah beredar di laman Facebook..

Dalam pekeliling tersebut amaran telah diberikan kepada semua peniaga kaum Cina supaya tidak menaikkan harga barang keperluan dengansewenang-wenangnya.

Pengundi-pengundi Kaum Cina juga telah diingatkan supaya memastikan Calon Melayu Menang.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Saya tak tahu menahu tentang perkara ini, kami tidak pernah mengeluarkan sperti ini” katanya kepada FMT.

Beliau membayangkan pekeliling tersebut mungkin dikeluarkan oleh individu Pro Pakatan Rakyat..

Rasanya cerita pasal pekeliling oleh PERKASA ini bukanlah kali pertama, semasa PRK DUN Tenang dulu pun dah ada..

Ini jawapan Setiausaha Agung Perkasa bila pekeliling seperti di atas tersebar..

Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor, lapor Bernama.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata, ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan "desperado".

"Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini. Individu atau puak yang melakukan perbuatan ini sengaja mahu memburukkan nama Perkasa atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menguna nama Perkasa sebagai alasan. Ia perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal.

"Perkasa yakin pengundi kaum Cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah seperti ini. Perkara seumpama ini (juga) pernah berlaku di pilihan raya kecil Hulu Selangor sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)


Agak-agak korang… ada tak sesiapa yang nak mengaku berak ditengah jalan?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417