Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Panas!! Bakal Besan Najib dan Rosmah ditahan di Dubai?

$
0
0

Mair Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Daniyar Nazarbayev, dipercayai telah Ditahan di Dubai sebelum beliau terbang ke Eropah untuk bercuti.

Menurut sumber, wanita Kazakhstan berusia 50 tahun telah ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Interpol, dan tindakan itu diambil oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Kazakhstan.

 Bagaimanapun kami masih belum dapat mengesahkan penangkapan tersebut dengan pihak berkuasa Dubai. E-mel yang dihantar kepada jurucakap beliau, Torossian Rönn Juga juga tidak dijawab.

"Dia kini telah ditahan dan di bawah jagaan Dubai.

Beliau diwakili oleh Tiga Firma Undang-undang Amerika Syarikat dan dia mempunyai firma PR berpengkalan di New York untuk membantu beliau menjaga imejnya," kata sumber itu kepada FMT.

"Beliau telah ditahan di lapangan terbang Dubai pada 22 Jun lalu," tambah sumber itu. Mair telah berada di Dubai pada 18 Jun setelah terbang dari Amerika Syarikat (AS). Beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan media melalui Torossian, menyatakan bahawa beliau BEBAS untuk melakukan sebarang perjalanan dan menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dikehendaki oleh Interpol untuk pelbagai aktiviti jenayah.

Beliau berkata laporan media Amerika mengenai noti Interpol bahawa dirinya "dikehendaki" tidak tepat.

 Gambar-gambar dirinya berada di lapangan terbang New York dan Lapangan Terbang Dubai telah dihantar kepada seluruh media untuk menunjukkan dirinya bebas dan boleh melancong.

Anaknya Daniyar telah bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa. Mair menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan laporan berita New York Post mendakwa bekas suaminya yang merupakan seorang seorang jutawan telah menddkwa telah ditipu beliau berkaitan sebuah apartmen 4,000 kaki persegi dan berada di dalam senarai "dikehendaki" oleh Interpol.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bekas suaminya, Bolat Nazarbayev dan menegaskan masih berkahwin. Bolat adalah saudara kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Beliau juga menolak bahawa beliau dikehendaki oleh Kazakhstan di atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk kesalahan penculikan, membuat ugutan dann ancaman kecederaan fizikal untuk mendapat dana daripada syarikat bersekutu perniagaan, dan melakukan ancaman yang menggunakan kekerasan jenayah kepada orang lain untuk melakukan pemindahan harta ke atas nama keluarganya.

Sehingga berita ini dikeluarkan, belum ada sebarang pengesahan daripada Polis Dubai dan Torossian di atas status penangkapan Mair - FMT

Terjemahan oleh Pulakdah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles