Pada 12 June lalu Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.
Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.
“Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat.
Itu hanya pandangan. “Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Dan akhirnya....
Hari ini.. 27 June.. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin petang tadi memfailkan tuntutan maaf terhadap Utusan dan TV3 berikutan fitnah yang dibuat berkaitan dengan isu WWW1.
Laporan polis terhadap TV3 telah dibuat diBalai Polis Dang Wangi jam 11.27 pagi tadi manakala laporan polis terhadap Utusan dibuat jam 11.40 pagi.
Lagi dokumen dan sumber dokumen sila lihat di ( SINI )