Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Presiden Ceupacs ni dah jadi agen UMNO ka?

$
0
0

Nampak tak apa Presiden Ceupacs kata kat laporan mStar di atas.. dia kata Wakil Cuepacs negeri sudah cuba menghubungi pembantu Ketua Menteri untuk mengatur pertemuan, namun usaha itu gagal kerana tiada langkah susulan dibuat daripada kerajaan negeri termasuk alasan Ketua Menteri sibuk


Padahal menurut Pembantu Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Nor Diana Mohd Zabidi, tidak ada seorang pun pegawai  di Pejabat Ketua Menteri ada menerima permohonan daripada Omar untuk berjumpa dengan Guan Eng.

Apa tujuan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman mengeluarkan kenyataan begitu rupa?

Satu kenyataan yang memberikan persepsi kurang baik buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Atau mungkinkah dia juga sudah menjadi agen UMNO/BN yang baru pula untuk memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

Baca kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri ni..

 Kenyataan sepenuhnya..

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berasa kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan Datuk Omar Osman untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan penjawat awam.

Pejabat Ketua Menteri telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Datuk Omar Osman tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

Selama ini, Ketua Menteri adalah rakan seperjuangan kepada Kesatuan Pekerja dan telahpun berjumpa dengan Persatuan-Persatuan Sekerja seperti MTUC dan NUBE.

Malah Kerajaan Negeri pun telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud sebagai senator baru- baru ini. Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.

Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut.

Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs.

Nor Diana binti Mohd Zabidi
Pembantu Khas kepada Ketua Menteri

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417