Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, termasuk Institut Oseanografi yang dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Ini satu lagi runtuhan di negeri Terengganu.. kali ini ianya juga melibatkan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jertih..
Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap
BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan - Jkkk Fan Club
Guane Ganu kite nih?? Ada orang ambik komisyen banyak sangat ke??
Laporan tentang Institut Oseanografi yang runtuh tu sila baca di ( SINI )