Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Debat Saifuddin dengan Salahuddin tak ada faedah Ali Alhabshee kata?

$
0
0

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno, Selasa, diminta menetapkan garis panduan kepada mana-mana anggota parti yang ingin berdebat dengan pembangkang bagi menjamin etika dan dasar parti tidak dipersenda dan dibahaskan di khalayak umum secara terbuka.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata mana-mana pemimpin UMNO yang teringin berdebat dengan wakil pembangkang sepatutnya terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada MT.

"Ini bukan kerana takut kepada pembangkang, tetapi bagi menjaga kehamornian parti dan mengelakkan daripada kerajaan diperlekehkan secara terbuka oleh pembangkang," katanya dalam laman web www.umnobahagiancheras.blogspot

Beliau berkata apabila berlaku perdebatan mengenai pelbagai isu secara tidak langsung ia membawa imej kerajaan kerana UMNO merupakan tunjang kepada pemerintah.

Katanya debat secara terbuka hanya memberi lebih ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan secara tidak berhemah.

"Bayangkan, jika debat disiarkan secara langsung oleh stesen penyiaran dan disaksikan lebih 3 juta orang, pembangkang sudah pasti akan memanipulasi debat tersebut untuk kepentingan mereka," tegasnya.

Secara tidak langsung kata beliau pembangkang telah berjaya menyebarkan dakyah mereka dan sedikit sebanyak mampu mencetus persepsi negatif rakyat kepada parti pemerintah.

Beliau mengulas debat antara Anggota MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertajuk 'Demonstrasi Jalanan, Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi' di Shah Alam malam ini anjuran sebuah akhbar tempatan.

Syed Ali berkata debat antara Saifuddin dengan Salahuddin tidak memberi banyak manfaat kepada kepentingan UMNO dan kerajaan secara keseluruhannya.

Beliau berkata dalam situasi politik sekarang pemimpin UMNO sepatutnya berusaha mengemaskan jentera pilihan raya di semua peringkat daripada sengaja menonjolkan diri supaya dilihat popular.

"Kadangkala dalam usaha untuk dilihat popular, dikhuatiri akan terjerat dengan perangkap yang dipasang pembangkang menerusi perdebatan tersebut," tegasnya. - BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417