Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Bakal menantu dituduh menipu.. Rosmah tak kisah...

$
0
0

Beruntunglah mamat dari Kazakhstan tu nampaknya.. bakal dapat Mak Mertua yang sporting habis.. dituduh menipu RM62Juta pun dia tak kisah..
"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber yang rapat dengan Rosmah..
Mungkin Rosmah tak kisah.. pasal bak kata pepatah.."Alah Bisa Tegal Biasa...".. korang faham-faham senidirlah ya..

Lagipun menipu RM62 Juta tu bukannya besar sangatpun... kalau nak dibandingkan dengan komisyen dari KD Altantuya tu.. tak termasuk dari Skyhawk lagi tu...

Lagi katanya.. "dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Dia rasa anak dia tu cantik sangat ke? sampai ada orang sanggup menipu untuk masuk Universiti nak memikat anak dia?



'Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan'


Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.


Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan. Laporannya sila baca di ( SINI )

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

 
Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417