Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

SD bekas Pengarah BPR yang membuktikan Anwar tidak miliki RM3 Billion..

$
0
0
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu dibuat oleh oleh seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Katanya, beliau meminta supaya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat semua akaunnya dan akaun anggota keluarga terdekatnya, apabila kes tersebut timbul pada awal 1999.


Selain menyiasat akaun tersebut, di dalam dan luar negara, beliau juga meminta supaya suruhanjaya tersebut menyiasat akaun perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain.

Namun, permintaannya itu tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, katanya.

Katanya lagi, BPR juga muncul di penjara Sungai Buloh dan meminta beliau memberi kenyataan terperinci berhubung kes tersebut.

"Mereka menjalankan penyiasatan yang sangat terperinci," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. - Malaysiakini


Menurut akuan bersumpah di bawah ini yang telah ditandatangani oleh Abdul Razak Bin Idris yang merupakan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2009.

Beliau telah mengarahkan satu siasatan dijalankan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 keatas akuan bersumpah yang telah dibuat oleh Datuk Abdul Murad bin Khalid berkenaan pemilikan RM3 Billion oleh DS Anwar Ibrahim.

Siasatan telah dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk keluar Negara seperti Singapura dan United Kingdom.

Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kes terhadap DS Anwar Ibrahim atau sesiapa berhubung Akuan Bersumpah tersebut.

Oleh itu beliau telah mengarahkan agar siasatan ditutup..






Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417