Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Gagal peroleh sejuta 'LIKE' di FB.. BERSIH 4.0 nak kumpul sejuta tandatangan pula..

$
0
0

Sebelum itu.. seseorang meninggalkan pesan dalam FB Anak Sungai Derhaka katanya "Tolong bagitahu kepada Pengerusi BERSIH 4.0 tu supaya bayar gaji pekerja.. dah 3 bulan lebih kami tak dibayar gaji, jangan sibuk sangat dengan BERSIH 4.0 tu..."

Meskipun dibantu oleh promosi hebat dari media tunggangan UMNO iaitu TV3 dan juga Utusan Malaysia, sehingga ke hari ini Fanpages ‘BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan’ kelihatan masih jauh dari apa yang disasarkan mereka.

Pengerusinya yang merupakan seorang penjual nasi lemak yang memiliki Ferrari telah mensasarkan jumlah ‘LIKE’ yang diterima oleh fanpages tersebut menjelang akhir June ini ialah 150,000 sahabat.

Malangnya walaupun terpaksa menawarkan sebuah BMW 5 Series yang berharga RM225,000 hinga ke hari ini jumlah ‘LIKE’ di fanpage tersebut hanyalah 1,127 sahaja.

Secara tidak langsung ini membuktikan kebanyakkan rakyat Malaysia yang mempunyai acess terhadap internet bukanlah begitu mudah untuk diperbodohkan oleh pihak yang mengambil kesempatan terhadap BERSIH ini.

Bagaimana Pengerusi BERSIH 4.0 nak kaut untung dari aktiviti BERSIH 4.0 ini sila lihat di ( SINI )

Menyedari bukanlah begitu mudah untuk memperolehi 1,000,000 ‘LIKE’s’.. penganjur BERSIH 4.0 menggunakan cara baru yang lebih berkesan untuk menipu pula.

Kali ini mereka menjalankan kempen mengumpul sejuta tandatangan pula dan dakwa mereka hingga kini 110,000 tandatangan telah berjaya dikumpul.

Dan sasaran mereka adalan sejuta menjelang Ramadhan ini..

Sebab apa aku kata kumpul tandatangan ini lebih berkesan untuk dijadikan modal menipu? Sebab jumlah tandatangan yang sebenar berjaya mereka kumpulkan hanya mereka yang tahu jadi mereka boleh istiharkan berapa juta yang mereka mahu.

Lainlah kalau jumlah tandatangan itu diaudit oleh juruaudit bertauliah dan bebas..

*******************************************

Bersih 4.0 sasar kumpul sejuta tandatangan sokongan


KUALA LUMPUR - Majlis Bertindak Peniaga-peniaga dan Penduduk-penduduk Ibu Kota menyasarkan mahu mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan terhadap Bersih 4.0 Cintakan Keamanan - langkah memprotes tiga perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata, usaha tersebut sudah berlangsung sejak lima hari lalu di beberapa kawasan di ibu negara.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 110,000 tandatangan sudah dikumpulkan.

"Kita mensasarkan dapat mengumpul sejuta tandangan sebelum bulan Ramadan.

"Apabila kita sudah dapat kumpulkan sejuta tandangan, kita akan hantar kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika Program Mengumpul Sejuta Tandangan di sekitar Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.

Usaha tersebut sebagai membuktikan sokongan warga kota untuk melihat keamanan dikekalkan sekali gus menolak penganjuran Bersih, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0, sebelum ini.

Dalam pada itu, Jamal berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka bagi penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 secara besar-besaran, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.

Dalam pekembangan lain, katanya, pihaknya kini sudah menerima 480 peniaga telah menyatakan hasrat mahu membuat tuntutan ganti rugi menerusi peguam sukarela di bawah Bersih 4.0.

"Kita akan failkan di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417