Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Takut diboikot kerana letak gambar Najib dibekas minumannya,, 100 Plus siarkan kenyatan ini..

$
0
0

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya pihak pengeluar minuman isotonik 100 Plus menyiarkan kenyataan di atas dalam  FB mereka.

Mereka menjelaskan bahawa gambar Najib yang terpapar di bekas minuman yang dikeluarkan mereka hanyalah sticker yang telah dicetak untuk Najib ketika beliau melawat gerai 100 Plus semasa himpunan belia yang lalu.

Maknanya mereka tidak mencetak gambar Najib di bekas minuman yang dikeluarkan mereka oleh itu kalau korang tak tergamak atau tak lalu nak minum 100 Plus yang ada gambar Najib tu.. korang boleh koyak begitu saja..


Sebab mereka keluarkan kenyataan itu ialah setelah tersebarnya gambar bekas minuman 100 Plus yang memaparkan gambar Najib pihak mereka telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan kaum.

Dan ada kemungkinan produk mereka akan diboikot .. jadi kerana khuatir produk mereka menjadi mangsa boikot oleh rakyat Malaysia yang bencikan Najib terpaksalah mereka keluarkan kenyataan seperti di atas itu..

Akibat Letak Gambar Najib.. Minuman 100 Plus Bakal Di Boikot 

Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka.

Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib.

Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N).

Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.

Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus.

Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat.

Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri.... - Addin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417