Ramai yang marah dah terkejut bila melihat sebuah clip video yang dimuat naik dalam Youtube yang memaparkan seorang Proffesor melemparkan tuduhan bahawa TG Nik Azizmengamalkan gaya hidup Iblis.
Entah apa yang merasuk Proffesor ini tak tahulah pulak aku hinggakan beliau sanggup melemparkan tuduhan sebegitu terhadap TG Nik Aziz.
Alasannya ialah Rasulullah S.A.W mengajak manusia kepada Allah tetapi TG Nik Aziz pula mengajak manusia supaya bersama PAS.
Video sila lihat di ( SINI )
Tindakannya yang memburukkan TG Nik Aziz itu juga membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Proffessor ini dan mengapa beliau tergamak memburukkan TG Nik Aziz sedemikian rupa..
Baca sebahagian dari tulisan MSO ini dan ketahui siapa Proffesor gila ini...
Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia.
Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah.
Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis?
Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian. Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu.
Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala hotak juga mula dihinggap penyakit birat mulut.
Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/)
Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad.
Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila.