Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

RM2.04 Juta untuk 'K-Pop' bukan isu jika ditaja kata Shabery Cheek

$
0
0

Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.

Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.

"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta. Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya. - Malaysiakini


Dokumen tuntutan oleh Stadium First sila lihat di ( SINI )



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417