Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

WWW 1: Baca apa pula komen Dr. Asri tentang isu ini..

$
0
0

Isunya nombor kenderaan WWW1 yang telah dibida an dimenangi oleh Sultan Johor dengan nilai RM520,000 dalam ramai-ramai rakyat Malaysia,DS Nizar terasa ingin menegurnya, lalu si Nizar dituduh derhaka.

Nizar memohon maaf dengan menyatakan apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian,” lapor akhbar Sinar Harian.

Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi: “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf”.

Mengulas tentang isu yang timbul antara DS Nizar danSultan Johor ini Dr Asri, bekas Mufti Perlis dalam Twitternya menulis “Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri.“


Itu yang ditweet Dr Asri. Dr Asri juga menjawab atas pertanyaan ‘followernya’, kini terlampau ramai sangat pengampu raja.

Mungkin betul juga apa yang ditweet Dr Asri. Pengampu yang feudal masih banyak dan ramai. Asal tegur sedikit terus menjadi derhaka…. - EkEleh




Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417