Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Apalah BODOH sangat dua orang ni??


Rasulullah S.A.W pernah berpesan dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama, yang membawa maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali.


Atau dalam lain ayat.. sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama contohnya korang bacalah di bawah..

SU Agung PAS: Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

“Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hasan turut menggambarkan beliau seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

“Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor,” katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

“Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden,” katanya.

Bagaimanapun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

“Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

“PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar,” katanya.

The Malaysian Insider

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles