Mungkin kerana terlalu seronok membelasah seorang lelaki yang menganggu ucapan Najib di London baru-baru ini, Exco Pemuda UMNO Datuk Muhd Khairun Che Aseh telah secara tidak langsung menyindir Najib.
Beliau menyifatkan Hiu Woong Sin, individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.
Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."- sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Sudah menjadi rahsia umum bahawa Najib sudah beberapa kali dicabar oleh Anwar untuk berdebat, tapi kerana takut dimalukan beliau tidak menjawab..
Kalau tak silap beliau hanya menjawab pada cabaran yang pertama dulu, katanya beliau takut Anwar Ibrahim demam kalau berdebat dengannya.
Yang lain-lain cabaran termasuk yang terbaru cabaran oleh Moderator debat Rafizi dan Kairy, hanya pencacai-pencacainya yang sibuk menjawab dengan berbagai alasan tak masuk akal dan bodoh.
Sebenarnya bukan Najib seorang pemimpin UMNO yang "lemah jiwa" tetapi di Utara Semenanjung terdapat seorang lagi pemimpin UMNO yang "lemah jiwa" juga.
Beliau ialah MB Perlis iaitu Md Isa Sabu.
Beliau telah dicabar berdebat tentang pengumuman rasmi yang dibuat olehnya pada tahun 2005 untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020.
Gagasan yang dinamakan sebagai ‘Perlis Maju 2015’ itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya.
Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis.
Cabaran telah dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan Perlis..jwapan dari Md Isa Sabu pula ialah enggan bazir masa kononnya.
Ceh!! Lagi teruk MB Perlis nih!! Berdebat dengan orang yang lebih muda dari dia pun dia takut?
Bolehjadi Najib dah tetapkan kriteria untuk jadi MB bagi pihak UMNO/BN di mana-mana negeri ialah perlu lebih penakut dari dia sendiri..
Lagi satu kriteria yang aku dengar ialah untuk menjadi pemimpin UMNO perlu takut bini.. kriteria ni dimiliki oleh beberapa pemimpin UMNO Permatang Pauh… ha..ha..ha..
DEBAT ‘PERLIS MAJU 2015: REALITI ATAU FANTASI’ ANJURAN AMK PERLIS.
Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengumuman rasmi untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020.
Gagasan yang dinamakan sebagai ‘Perlis Maju 2015’ itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya.
Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, Angkatan Muda Keadilan Perlis mendapati bahawa tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis.
Bahkan maklumat berkenaan dasar dan pencapaian petunjuk-petunjuk penting ke arah merealisasikan Perlis Maju 2015 tidak diketahui oleh rakyat Perlis. Rakyat hanya dapat melihat beberapa publisiti di laman web rasmi Kerajaan Negeri Perlis dan papan-papan iklan di sekitar Kangar.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Perlis berpendapat bahawa satu debat ilmiah wajar diadakan secara terbuka dan berlangsung dengan sihat.
Debat ini akan memberi ruang yang luas kepada rakyat Perlis untuk menilai secara rasional polisi dan program ‘Perlis Maju 2015’ yang dirangka kerajaan negeri Perlis untuk mereka.
Justeru, Angkatan Muda Keadilan Perlis menawarkan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat ini di antara Menteri Besar Perlis YAB Dato’ Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis saudara Mohammad Faisol Abd Rahman. Tajuk yang kami cadangkan: “Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi”.
Kami akan menghantar undangan rasmi kepada YAB Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis pada hari Jumaat, 31 Mei 2012.
Kami berharap agar kedua-dua orang pemimpin ini bersedia untuk menerima undangan daripada pihak kami. Semoga debat ini akan berlangsung dengan baik demi mendatangkan manfaat kepada rakyat Perlis secara keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
Ammar bin Gazali
Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis