Patutlah terdesak sangat nampaknya Datuk Jamal, lelaki yang mengaku menjual nasi lemak padahal dia pakai Ferrari dan sambut birthday di Hotel lima bintang.
Selain dari menipu untuk meraih simpati dengan mengatakan beliau hanya peniaga nasi lemak beliau sebenarnya merupakan seorang pemilik kedai menjual kereta dan juga pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar..
Terdesaknya itu amat jelas sehingga beliau mengambil kesempatan terhadap manusia-manusia yang menolak BERSIH 3.0 dengan menggerakkan BERSIH 4.0 yang kononnya menolak agenda BERSIH 3.0 dengan menawarkan hadiah berupa BMW dan Lamborghini tetapi hakikatnya beliau telah menggunakan sentimen tersebut untuk menjana kekayaan.
Sila baca di ( SINI ) untuk mengetahui bagaimana beliau mengambil kesempatan terhadap mereka-mereka yang anti BERSIH 3.0
Ada sebab rupanya Datuk Jamal ni terdesak sangat untuk mencari wang..
Dari notis yang ditampal pada salah satu Restoran milik Datuk Jamal itu, cawangan itu bakal di lelong pada 31 Mei 2012 ini.
Ianya akan dilelong untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM31,000 untuk menjelaskan hutang si pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu iaitu Datuk Jamal.
Kalau Datuk Jamal tu ada RM31,000 sudah tentu beliau mampu untuk melunaskan hutangnya itu..
Yang hairannya tawarkan hadiah kereta mewah berharga RM225,000 dan RM1.2 Juta boleh.. tapi nak bayar hutang berjumlah RM31,000 tak mampu?
Kalau RM31,000 pun dia tak boleh nak bayar... korang agak dua buah kereta yang berharga RM1.4 Juta tu dia nak lepaskan begitu saja ke?